Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum,Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya hatiku telah terbuka untuk menulis di dalam blog ini. InsyaAllah melalui blog ini aku dapat kongsikan beberapa ilmu ataupun pengalaman yang berguna untukku mahupun untuk orang lain...
Perihal diriku...
Aku hanyalah insan biasa ciptaan tuhan yang hidup di muka bumi ini sebagai Khalifah untuk memakmurkan dunia ini....Aku anak kelima dari enam orang adik beradik, di mana hanya aku dan abang sulungku adalah anak lelaki..bapaku seorang pesara manakala ibuku adalah seorang guru..bila bicara mengenai keluarga, ingin aku kongsikan mengenai pentingnya menjaga keharmonian dalam keluarga...
Sebuah keluarga adalah sebuah institusi yang paling asas bagi setiap manusia, kaedah bagaimana institusi ini dijaga akan menentukan masa depan anak-anak dalam keluarga tersebut. Jika dilihat pada masa kini, kita dapat melihat pelbagai masalah sosial melibatkan golongan muda remaja...lepak, buang anak, dadah, merempit dan lain-lain...
Apabila timbulnya masalah ini, biasanya ibubapa yang akan menjadi sasaran untuk dipersalah... sedangkan masalah ini bukannya disebabkan oleh ibubapa sahaja...Kadang-kala, hal ini juga berpunca daripada individu tersebut yang terpengaruh untuk mengikut hawa nafsu...kita boleh lihat perkara ini bila sebuah keluarga yang dijaga didikan dan akhlak sejak kecil juga tidak terlepas daripada terjerumus ke dalam masalah ini....Walaubagaimanapun, faktor terbesar yang menjadi penyumbang kepada masalah ini adalah disebabkan media massa yang terlalu bebas dan tidak dipantau...melalui media, anak-anak terdedah kepada budaya barat yang tidak mementingkan budaya dan agama, yang mana keinginan nafsu menjadi pendorong mereka
Walaubagaimanapun, kita semua tidak pasti sama ada kita dapat menghindarkan diri kita daripada masalah ini., apa yang kita boleh buat adalah dengan berusaha memperbaiki diri, berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari malapetaka dan bertawakal kepada-Nya..sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu merancang...tuhan yang menentukan segalanya..
Didikan Agama amat penting dalam membina sebuah keluarga yang bahagia, kepada rakan-rakanku yang bakal memdirikan rumah tangga, merancanglah bagaimana kalian hendak menerapkan didikan agama dalam diri keluarga kalian...berikut adalah sebagai contoh perancangan daripada saya yang akan saya lakukan apabila saya mempunyai keluarga saya sendiri bersama isteri tersayang nanti..InsyaAllah...
1. Mengamalkan solat berjemaah dalam keluarga
2. Mengaji Al-Quran bersama2
3.Menerapkan sunnah Rasullullah dalam perbuatan seharian
4.memantau hiburan yang bersesuaian untuk keluarga dan anak-anak
5. Banyakkan berdiskusi dengan anak-anak supaya mereka tidak takut menyatakan masalah mereka atau memberi pendapat mereka
6. kenalpasti kegemaran anak-anak dan membimbing ke arah yang betul
7. memasak bersama-sama isteri.
8. Mengamalkan percakapan yang sopan
9. riadah bersama keluarga
10. dan lain-lain...