Sunday, 7 August 2011

Aku dan Sabah (Jalan-Jalan)

Alhamdulillah, akhirnya aku diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk menjejakkan kakiku di Negeri Di Bawah Bayu ini....

Banyak tempat yang telah kami lawati sepanjang kami berada di Sabah, kami pergi melawat Muzium Sabah, Pasar Filipina,Universiti Malaysia Sabah, Snorkeling, dan lain-lain...

Ketika tiba di Sabah

Di Pulau Manukan


Hadapan Menara 'Bateri'

Pasar Besar KK/Filipina

Muzium UMS


Sepanjang lawatan, aku dapat melihat betapa indahnya Sabah dan betapa agungnya keindahan alam ciptaan tuhan ini...dengan langit yang mebiru, laut yang jernh, serta udara yang nyaman membuat hatuku tenang dan aman...Alhamdulillah...Subhanallah..Allahuakbar....

Kerjasama UTM dan UMS

Alhamdulillah, melalui program ini, kami telah berjaya mewujudkan kerjasama di antara Kolej Tuanku Canselor di UTM dan Kolej Anugerah Bestari di UMS...sesungguhnya menjalinkan silaturahim amat dituntut dalam Islam..in dapat dibuktikan melalui firmanNya yang bermaksud: Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman - (Surah al-Anfal, ayat 1).

UTM dan UMS

Yang Dipertua JAKMAS AB dan Pengerusi JKM KTC



Aku dan Sabah (Khidmat Masyarakat)

Dalam pengsian kali ini, ingin aku kongsikan mengenai pengalaman ku semasa menyertai Program Khidmat Masyarakat di kampung Sambah, Tuaran, Sabah

Program ini diadakan pada tahun 2010, yang mana melibatkan peserta Universiti Teknologi Malaysia seramai 16 orang dan 4 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah...

Ini merupakan pengalaman kedua aku menjadi anak angkat, kali pertama adalah di kampung Paya Rumput, Melaka pada tahun 2008....

Pengalaman kali ini amat berlainan kerana aku berpeluang menjadi anak angkat suku kaum bajau Laut yang mana majoriti kalangan mereka mendirikan rumah di atas air...





Sepanjang aku berada di kampung ini, timbul perasaan syukur aku terhadap kemudahan yang aku miliki selama ini, di rumah keluarga angkatku, sumber air hanyalah bergantung kepada air bukit dan air sungai...bilik mandi tidak berpintu, jika hendak membuang air perlu menumpang rumah orang lain yang mempunyai tandas..


Bila cakap tentang makanan pula, lain pula kisahnya, rata2 penduduk di sini bekerja sebagai nelayan, yang mana lebih kepada nelayan laut, sepanjang berada di kampung ini, kami sring dihidangkan dengan pelbagai makanan laut, yang menjadi kelaziman bagi setiap hidangan adalah ketam




Kemesraan penduduk kampung...

Kehadiran kami ke kampung ini dilayan dengan penuh mesra dan ceria, kehadiran kami disambut oleh penduduk kampung yang tidak sabar menungu kehadiran kami yang datang dari semenanjung...

Sepanjang berada di kampung ini, kami juga ada menjalankan program lain seperti Khidmat Pendidikan, Sukaneka,Gotong-royong,Malam Kebudayaan dan lain-lain...semua program yang kami jalankan di sana mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung...






Jika melihatkan keadaan di kampung ini, timbul kesedaran di dalam hati ini untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki...keadaan kampung ini serba kekurangan, walaubagaimanapun, penduduk sini tetap ceria dan gembira dengan kehidupan mereka....

Diharapkan kehadiran kami ke kampung tersebt dapat memberi sedikit sebanyak kesan dalam diri penduduk kampung, lebih-lebih lagi kepada generasi muda di kampung itu supaya mereka menetapkan matlamat di dalam diri mereka untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik...InsyaAllah..

Aku dan keluarga...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya hatiku telah terbuka untuk menulis di dalam blog ini. InsyaAllah melalui blog ini aku dapat kongsikan beberapa ilmu ataupun pengalaman yang berguna untukku mahupun untuk orang lain...




Perihal diriku...
Aku hanyalah insan biasa ciptaan tuhan yang hidup di muka bumi ini sebagai Khalifah untuk memakmurkan dunia ini....Aku anak kelima dari enam orang adik beradik, di mana hanya aku dan abang sulungku adalah anak lelaki..bapaku seorang pesara manakala ibuku adalah seorang guru..bila bicara mengenai keluarga, ingin aku kongsikan mengenai pentingnya menjaga keharmonian dalam keluarga...

Sebuah keluarga adalah sebuah institusi yang paling asas bagi setiap manusia, kaedah  bagaimana institusi ini dijaga akan menentukan masa depan anak-anak dalam keluarga tersebut. Jika dilihat pada masa kini, kita dapat melihat pelbagai masalah sosial melibatkan golongan muda remaja...lepak, buang anak, dadah, merempit dan lain-lain...

Apabila timbulnya masalah ini, biasanya ibubapa yang akan menjadi sasaran untuk dipersalah... sedangkan masalah ini bukannya disebabkan oleh ibubapa sahaja...Kadang-kala, hal ini juga berpunca daripada individu tersebut yang terpengaruh untuk mengikut hawa nafsu...kita boleh lihat perkara ini bila sebuah keluarga yang dijaga didikan dan akhlak sejak kecil juga tidak terlepas daripada terjerumus ke dalam masalah ini....Walaubagaimanapun, faktor terbesar yang menjadi penyumbang kepada masalah ini adalah disebabkan media massa yang terlalu bebas dan tidak dipantau...melalui media, anak-anak terdedah kepada budaya barat yang tidak mementingkan budaya dan agama, yang mana keinginan nafsu menjadi pendorong mereka




Walaubagaimanapun, kita semua tidak pasti sama ada kita dapat menghindarkan diri kita daripada masalah ini., apa yang kita boleh buat adalah dengan berusaha memperbaiki diri, berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari malapetaka dan bertawakal kepada-Nya..sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu merancang...tuhan yang menentukan segalanya..




Didikan Agama amat penting dalam membina sebuah keluarga yang bahagia, kepada rakan-rakanku yang bakal memdirikan rumah tangga, merancanglah bagaimana kalian hendak menerapkan didikan agama dalam diri keluarga kalian...berikut adalah sebagai contoh perancangan daripada saya yang akan saya lakukan apabila saya mempunyai keluarga saya sendiri bersama isteri tersayang nanti..InsyaAllah...

1. Mengamalkan solat berjemaah dalam keluarga
2. Mengaji Al-Quran bersama2
3.Menerapkan sunnah Rasullullah dalam perbuatan seharian
4.memantau hiburan yang bersesuaian untuk keluarga dan anak-anak
5. Banyakkan berdiskusi dengan anak-anak supaya mereka tidak takut menyatakan masalah mereka atau memberi pendapat mereka
6. kenalpasti kegemaran anak-anak dan membimbing ke arah yang betul
7. memasak bersama-sama isteri.
8. Mengamalkan percakapan yang sopan
9. riadah bersama keluarga
10. dan lain-lain...